Oct 28, 2011

--kehilangan---


19 october 2011
di awal hening subuh...
aku dikejutkan dari tidur dengan tangisan kesedihan..
tanpa perlu bertanya...aku dapat meneka..
YA ALLAH...pinjamkan aku kekuatanmu..
melihat orang tersayang terbujur kaku..
makcik2ku menangis tersedu2..aku terus cuba untuk mengawal kesedihan yang bertamu
nenek ku ibarat ibuku...kerana dia yang mengjaga ku sejak dari kecik..
aku ditugaskan untuk memberitahu ahli keluargaku yang lain...
saat itulah aku tidak mampu untuk mengawal sebak didada...
solat subuhku diiringi airmata berlinangan..
bacaan Yassin kuteruskan dalam irama sedu sedan..
anak2 kecil terpingga2 melihat kami...
menagis...airmata berjujuran tanpa henti...
YA ALLAH...
aku harus kuat...
ketika aku dipanggil untuk mencium nenekku buat kali terakhir....
aku tidak mampu...sungguh...aku tidak sanggup...
aku tidak kuat untuk lakukan itu...
semasa arwah ibuku pun aku dipaksa orang ramai untuk mencium dahi ibuku..
tapi sungguh aku tidak kuat...
bukan aku tidak mahu melihat nenekku buat kali terakhir...
tapi aku takut aku tidak mampu untuk meneruskan hidup..
bilamana aku asyik terbayang wajahnya...
dengan pakaian terakhir itu...
YA ALLAH...
suratan takdir dari MU aku cuba terima dengan redha..
saat aku buat entry ni....
airmata aku kawal sebaik mungkin..

hari jumaat ke2 tanpa nenekku..
aku sendirian dirumah peninggalan nenekku...
saat aku tengah mengemas bilik ku...
sungguh tidak terasa keseorangan..
sebab aku masih terasa kehadiran nenek di rumah itu..

sekali bila terfikir ...sedih..airmata..ermm..
penat...tapi bukan aku penat memikirkan nenek..
aku penat dengan airmata..
sebab itu aku memilih utk tidak menunjukkan kesedihanku dengan linangan airmata
aku harus tersenyum...
untuk memberi semangat pada org sekeliling ku..
untuk terus tersenyum..

 YA ALLAH...
sungguh ...saya rindu akan nenek saya
................................................


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...